waqaf al-quran and waqaf of building

3


20130715_095306CIMG7515CIMG7517CIMG7518CIMG7519IMG-20130725-WA0051IMG-20130725-WA0057IMGP0065IMGP0080jamnapuri jantanSAM_0034wakaf kipas 2010

 

WAKAF

Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jualbeli, pewarisan, hibah(hadiah) dan wasiat disamping mengekalkan sumber fizikalnya (ain).

Wakaf merupakan suatu pemilikan yang tidak sempurna kerana pemilikan ain (benda yang diwakafkan)  adalah kerana Allah S.W.T atau dihukumkan sebagai milik Allah S.W.T  Adapun manfaat atau hasil wakaf itu kepunyaan Maukuf Alaih iaitu pihak atau jihah atau orang yang ditentukan menerima manfaat wakaf.

Wakaf  adalah suatu pemberian atau sumbangan ikhlas sebahagian daripada harta yang dimiliki untuk kepentingan dan kesejahteraan umum yang dibenarkan oleh syarak.

Harta wakaf boleh menyumbang dalam pembangunan sosio-ekonomi ummah contohnya  mendirikan projek komersil seperti hotel wakaf, pusat-pusat perniagaan, projek sosial seperti rumah anak yatim, pusat perlindungan dan lain-lain  selagi tidak  bercanggah dengan hukum syarak.

Dalil galakan dan ganjaran kepada pewakaf.

Firman Allah S.W.T;

“Bandingan (perbelanjaan derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seperti sebiji benih yang tumbuh  dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan(ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah amat luas (rahmat) kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Surah al-Baqarah: ayat 261)

Hadith riwayat Muslim ;

 

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullullah S.A.W. telah bersabda “Apabila mati anak Adam akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkannya atau anak yang soleh yang mendoakannya”.

Bahagian Wakaf terbahagi kepada dua:

  • Wakaf Ahli (Wakaf Keluarga):

Iaitu wakaf yang memberi manfaat kepada keturunan maukuf alaih seperti anak,cucu dan seterusnya. Contoh aqad yang disebutkan:  “Saya mewakafkan kesemua harta saya kepada anak cucu dan keturunan saya untuk selamanya”.

  • Wakaf Khairi (Kebajikan):

Iaitu wakaf yang diperuntukan bagi tujuan kebajikan semata-mata. Wakaf Khairi terbahagi kepada 2 iaitu ;

  1. i)          Wakaf Am;
    Wakaf yang tidak dikhaskan oleh pewakaf kepada pihak tertentu. Contohnya seperti seorang mewakafkan sebidang tanah untuk kebajikan am. Dalam wakaf ini, Nazir Wakaf (Pemegang Amanah) mentadbirkan tanah tersebut untuk apa jua bentuk pembangunan yang boleh memberikan hasil sebaik mungkin tanpa terikat dengan jenis kebajikan/bentuk pembangunan tertentu. Manakala manfaatnya pula diagihkan kepada apa juga bentuk kebajikan am yang mana pahalanya berterusan kembali kepada pewakaf.
  2. ii)       Wakaf Khas;
    Wakaf yang manfaatnya dikhaskan kepada pihak tertentu sebagaimana yang di tentukan oleh pewakaf. Contohnya;

Wakaf rumah khas untuk anak-anak yatim,Wakaf kedai hasilnya dikhaskan kepada masjid atau surau atau madrasah tertentu sahaja dan Wakaf untuk masjid, surau, madrasah, tanah perkuburan dan sebagainya

Wakaf Am; Wakaf yang tidak dikhususkan oleh pewakaf.
Terdiri dari 5  wakaf iaitu ;

  • Wakaf Irsod

Wakaf bukan daripada pemiliknya, bahkan wakaf daripada Raja atau harta Baitulmal pada masarifnya atau wakaf yang dijadikan oleh pihak kerajaan seperti yang diwartakan sebagai tapak masjid , surau , sekolah agama, rumah kebajikan Islam. Anak-anak yatim, tanah perkuburan termasuk tanah perkuburan awam.

  • Wakaf  Saham

“Wakaf Saham” ertinya mewakafkan saham-saham syarikat perniagaan dengan belian atau saham-saham yang sedia ada.

  • Saham Wakaf

“Saham Wakaf” ertinya mewujudkan suatu wakaf musytarak melalui saham-saham dengan syarat-syarat wakaf atau yang kemudian daripadanya diwakafkan.

  • Wakaf Musytarak

Ialah penyatuan beberapa wakaf termasuklah wakaf yang diwujudkan melalui Istibdal dan saham wakaf.

    1. Wakaf Musya’

Ialah mewakafkan apa-apa hak ke atas mana-mana harta yang dimiliki bersama yang tidak boleh dipecah bahagikan.

 

 

Syarat-Syarat Wakaf

Hendaklah dibuat secara kekal tanpa dihadkan untuk mana-mana tempoh tertentu. Bagi Wakaf Khas, tujuan dan maksud Wakaf hendaklah dinyatakan dengan jelas dan tidak sah Wakaf jika tidak dinyatakan tujuan dan maksudnya.Harta yang telah diwakafkan berkuatkuasa serta-merta, tidak boleh ditarik balik, tidak boleh diubah-ubah tujuannya dan tidak boleh tertakluk kepada syarat-syarat lain sebaliknya, kecuali melalui pelaksanaan wakaf istibdal.

Rukun- Rukun Wakaf

Rukun-rukun wakaf terbahagi 4 perkara ;

  • Pewakaf (al-waqif)
  • Harta yang diwakafkan (al-mawquf)
  • Penerima manfaat Wakaf (al-mawquf ‘alaih)
  • Pernyataan Wakaf (al-sighah)

Syarat-Syarat  Pada Rukun Wakaf

  1. i)        Syarat Pewakaf (al-waqif)

– Seorang yang merdeka, baligh lagi berakal, redha mewakafkan hartanya.

– Berkelayakkan untuk bersedekah harta miliknya.
– Sukarela mewakafkan harta miliknya.

  1. ii)       Syarat Harta yang diwakafkan (al-mawquf)

–  Harta yang diwakafkan berbentuk objek yang tertentu seperti
mewakafkan sebuah rumah. Mewakafkan manfaat sesuatu
harta tanpa objeknya tidak sah.

–  Harta yang hendak diwakafkan hendaklah milik pewakaf yang memberi manfaat atau faedah dan boleh dipindah milik.

–  Harta yang hendak diwakafkan boleh digunakan selama-
lamanya

–  Penggunaan harta wakaf mestilah diharuskan oleh syarak.

iii)      Syarat Penerima manfaat Wakaf (al-mawquf ‘alaih)

  • Penerima khusus sama ada seorang atau lebih
  • Penerima tidak khusus, contohnya mewakafkan kepada golongan tertentu seperti golongan fakir.

 

 

  1. iv)      Syarat Pernyataan Wakaf (al-sighah)

– Akad ialah kata-kata yang boleh difahami atau tulisan untuk sesuatu   tujuan wakaf samada wakaf am atau wakaf khas . Akad adalah wajib bagi mengesahkan wakaf.

–  Lafaz akad terbahagi dua bahagian:-

  1. a)      Lafaz Soreh; lafaz yang jelas membawa maksud yang tertentu sahaja seperti “Saya mewakafkan rumah saya untuk orang-orang fakir”.
  2. b)      Lafaz Kinayah; lafaz yang membawa banyak maksud seperti “Hartaku adalah sedekah kepada fakir miskin”.

Hikmah Ibadah Wakaf

Hikmah-hikmah yang terdapat dalam ibadah wakaf  adalah ;

  1. i)        Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah SWT.
    ii)       Mendekatkan diri dengan Allah.
    iii)      Mendapat kebajikan yang berkekalan semasa hidup dan selepas pewakaf meninggal dunia.
    iv)      Berkongsi manfaat di kalangan masyarakat Islam seperti membina masjid dan sekolah untuk menghidupkan syiar Islam dan aktiviti keilmuan.
  • Mengukuhkan perpaduan ummah.

 

Cara  Mewakafkan Harta

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat ibadah wakaf sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung terus dengan Presiden Ibadah.sg Training & Services  iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohmed Firdaus Masruhen melalui 91266444 atau email firdaus.masruhen@ibadah.sg

Program-program wakaf yang sudah siap di bangunkan dan sedang dijalankan seperti:

Projek Pembangunan Pondok Pesantren:

Pada tahun ini antara projek mega yang sedang kami usahakan ialah pembinaan  Pondok Pesantren Nuruzzainiyyah, Pondok Pesantren ini secara rasmi di tubuhkan pada 1 Julai  2012 oleh 2 orang pendiri yang berasal daripada Singapura iaitu Ust Musa Zulkifli & Ust Firdaus Masruhen dan pembangunan ini  dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2016 Insya Allah. Kami membuka peluang untuk para jemaah Muslim Singapura untuk mengikut serta dalam program Waqaf pembangunan Pondok Pesantren seperti; pembangunan asrama,bilik darjah,dewan serbaguna,perpustakaan dan fasilitas-fasilitas yang diperlukan. Sehingga kini kami telah menerima hampir 120 orang pelajar daripada peringkat tadika hingga peringkat kelas menengah  dan Insya Allah pada awal tahun hadapan kami akan membuka untuk pelajar peringkat (Pra U) ,dan anggaran kami sekiranya bangunan Pondok Pesantren ini siap sepenuhnya ia boleh menampung sehingga 1000 orang pelajar.

Tanah Wakaf di JATIM.

Sebidang tanah wakaf sudah di beli secara kolektif oleh jemaah muslim Singapura Jawatimur Indonesia,untuk tujuan di bangunkan sebuah Institut Darul Al-Quran wa As-Sunnah JATIM dengan lakaran pembangunan setinggi 4 tingkat

Dan bangunan boleh menempatkan sekitar 1000 orang pelajar apabila siap sepenuhnya,dan anggaran projek wakaf ini sekitar $ 350,000 SGD dan dana pencarian sedang di usahakan sehingga kini. Status projek masih pada tahap awal iaitu pengurusan pembelian tanah dan draf untuk master plan pembangunan.

 

Pengalaman Kami dalam mengelolakan wakaf anda:

 

Alhamdulillah sehingga kini,kami telah melaksanakan banyak amanah umat Islam Singapura melalui amanah wakaf yang di wakilkan kepada kami,di antara projek wakaf yang telah kami sempurnakan ialah:

 

  1. Pembangunan lantai 2 Panti Darul Aitam di beji pasuruan JATIM,nilai kos projek wakaf ialah SGD $25,000 dan tempoh pembangunan ialah 8 sehingga 10 bulan untuk siap sepenuhnya. (Tahun 2011)

 

  1. Pembinaan Perpustakaan seluas 500 meter persegi di Pulau Bawean Sangkapura Kebun Teluk Dalam,kegunaan perpustakaan untuk pelajar peringkat rendah sehingga Pra Universiti,kos projek ialah SGD $15,000 tempoh untuk siap sekitar 6 bulan sehingga 8 bulan. (Tahun 2012)

 

 

  1. Wakaf Ternakan: kami telah mengelola wakaf ternakan lembu di Pulau Lombok di Bandok Lombok Timur,nilai wakaf ialah sekitar SGD $24,000 dengan pembelian 18 ekor lembu betina dan 2 jantan,sehingga kini ada penambahan terhadap anak-anak lembu yang baru dilahirkan,dan hasil daripada penjualan anak lembu akan di wakafkan kepada operasional Pondok Pesantren Nuruzzainiyyah. Projek ini di kelolakan oleh PT Farm Best International yang ditubuhkan sama oleh dua orang pendiri,iaitu Ust Musa dan Ust Mohmed Firdaus.

 

Ini adalah beberapa projek mega wakaf yang sudah dan sedang kami jalankan,dan yang terkini kami sedang berusaha dalam proses pembelian tanah di Lombok untuk membangunkan hotel Syariah pertama di pulau Lombok dengan menggunakan konsep wakaf saham.kami akan update anda tentang projek mega waqaf ini di masa akan datang insya allah.

 

 

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *