Pembukaan Lantai 2 Rumah Anak Yatim Darul Aitam

Batu Perasmian Lantai 2 Panti Asuhan Darul Aitam

Batu Perasmian Lantai 2 Panti Asuhan Darul Aitam

Bulan Jun 2011 yang lepas menandakan bermulanya lembaran baru buat para anak yatim di Darul Aitam. Mereka mendapati rumah mereka sudah bertingkat, dengan pembukaan tingkat 2 bangunan itu, yang terletak di Beji Pasuruan, Jawa Timur.

Antara kemudahan yang turut dibina termasuk 2 bilik am untuk kegunaan para anak yatim, 2 buah tandas, 1 ruang jemuran, sebidang tanah untuk bercucuk tanam, atap di tepian tembok bangunan, serta jejatas menuju ke Masjid at-Taubah melalui lantai 2 yang baru dibina.

Projek selama 6 bulan ini menelan belanja sebanyak S$35 000, sumbangan atas nama Almarhum Haji Abdul Rahman serta teman-temannya. InsyaAllah, sumbangan ini dapat menjadi jembatan bagi beliau serta ahli keluarga dan teman-teman beliau menuju ke syurga.

Ibadah.sg ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada wakil penyumbang, Puan Hajah Abidah binte Abdul Majeed di atas sepenuh kepercayaan serta perwakilan yang diberi kepada kami di bawah naugan Ustaz Firdaus Masruhen.

Semoga usaha kita memperoleh keredhaan Allah SWT.

Amin.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *